Dalam Force Z HMS_Repulse_(1916)

Rencana utama: Force Z

Pada akhir 1941, ketika ancaman perang dengan Jepun tersergam semakin besar, Repulse dikeluarkan ke Timur Jauh sebagai penghalang Jepun dari menjadi aggresif. Pasukan ini, telah lama dibayangkan dalam rancangan starategik Admiralti sebagai armada tempur besar direka untuk bertindak sebagai Armada wujud dan pengimbang kepada niat Jepun, akhirnya dihantar ke Singapura sebagai skuardon kekuatan rendah. Ketidak upayaannya untuk bertindak sebagai penghindar tidak lama lagi terdedah.

Pada awalnya dinamakan sebagai Pasukan G (Force G), skuardon ini dihantar tanpa kapal induk yang dirancang ke Singapore. Tidak lama selepas meletus perang di Pasifik pada 8 Disember 1941, Repulse meninggalkan Singapura diiringi oleh unsur utama lain bagi Armada Timur, kapal tempur pantas HMS Prince of Wales, dan 4 pembinasa, bagi cuba dan memintas konvoi penjarah Jepun menghala ke arah British Malaya.

Komandar armada (dikenali sebagai Force Z Force Z), Laksamana Sir Tom Philips, mengibarkan benderanya di Prince of Wales, mengetahui bahawa pasukan British tidak dapat menjamin perlindungan udara bagi pasukannya, tetapi memilih untuk terus juga kerana dia memikirkan bahawa pasukan Jepun tidak dapat beroperasi sebegitu jauh dari daratan, dan dia turut merasakan bahawa kapalnya agak kebal dari kerosakan maut melalui serangan udara, kerana sehingga itu, tiada kapal utama di laut telah ditenggelamkan melalui serangan udara. Unit terbesar yang ditenggelamkan oleh pesawat udara sehingga tempoh ini adalah penjajap berat.

HMS Repulse meninggalkan SIngapura